Sunday 4 March 2012

Kolej Pendeta Za'ba


Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua :)
pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog rasmi Kolej Pendeta Za'ba. blog ini dibina bertujuan untuk memberikan maklumat kepada para mahasiswa dan mahasiswi tentang aktiviti yang berlaku di kolej Pendeta Za'ba dan segala informasi yang terkini.
sebelum tu, jom jom kita baca sejarah tentang kolej Pendeta Za'ba ni terlebih dahulu :D 
Kolej Pendeta Za'ba ini mula dibina sekitar tahun 2001 dengan keluasan 15 hektar. Ia mempunyai 8 blok asrama dan mampu menempatkan seramai 3860 pelajar. Pembangunan Kolej Za'ba diuruskan sepenuhnya oleh Kausar Corporation Sdn Bhd manakala urusan yang melibatkan pelajar akan diselia oleh Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM.
Kolej Za'ba mula dibuka pada semester dua Sesi Pengajian 2004/2005. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Kolej Kausar. Buat permulaannya, hanya 690 pelajar yang terdiri daripada prasiswazah dan pasca siswazah ditempatkan di dua blok iaitu Blok A dan Blok B. Kolej ini siap sepenuhnya pada semester dua Sesi Pengajian 2005/2006.


Nama Kolej Pendeta Za'ba ini diambil sempena dengan nama seorang pendeta iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba. beliau memberi sumbangann yang besar terhadap bahasa melayu dan dikenali sebagai seorang nasionalis melayu yang gigih. beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah. Negeri Sembilan.
Pada sesi pengajian 2005/2006, Kolej Za'ba dijangka akan menempatkan seramai 2280 pelajar merangkumi 700 pelajar Tahun 1, 1040 pelajar senior dan selebihnya adalah pelajar pasca-siswazah. Selaras dengan itu, dijangka lima blok akan dibuka iaitu Blok B untuk pelajar lelaki dan empat blok untuk pelajar perempuan iaitu Blok A, C, D dan E.
Kolej ini merupakan kolej kedua terbesar di UKM. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik mesyuarat, bilik TV yang dilengkapi Astro, kafeteria yang berkonsepkan santai, pasar mini, kedai fotostat, perkhidmatan telefon serta kedai memproses gambar. Disebabkan kolej ini masih baru lagi, dijangkakan kemudahan seperti mesin ATM, gelanggang futsal, perkhidmatan Internet WiFi, bilik gim serta bilik muzik untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan akan disediakan secara berperingkat.


kenal tak siapa ni? haa untuk pengetahuan semua, inilah Prof. Madya Dr Ahmad Sunawari Long iaitu pengetua di Kolej Pendeta Za'ba. Beliau sangat sporting dan merupakan tonggak utama dalam membentuk Kolej Pendeta Za'ba. usahanya membuahkan hasil kerana kolej ini telah menjadi buah mulut ramai pihak dan merupakan kolej yang terbilang di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. gambar di atas di ambil ketika beliau sedang beramah mesra dengan pelajar baru pada minggu orentasi yang lalu :)
Baiklah, cukup setakat ini dahulu post saya tentang Kolej Pendeta Za'ba ni. semoga berjumpa lagi semua! ;)