Monday 12 March 2012

attention!



hye guys! untuk pengetahuan semua, tempahan baju untuk Hari ICT telah pon ditutup. maklumlah jualan sangat laris sehingga kami terpaksa menaikkan tempahan baju yang dibuat. tetapi jangan risau, kepada sesiapa yang tidak sempat untuk menempah dan masih ingin membeli baju ''i ♥ UKM'' dan ''UKM'' tersebut, anda boleh singgah ke gerai yang dibuka khas untuk jualan t-shirt pada Hari ICT nanti. dekat mana? haa sudah semestinya di Kolej Pendeta Za'ba ! :D

p/s : marilah beramai-ramai meriahkan Hari ICT pada hujung minggu nanti. jangan lepaskan peluang kerana terdapat banyak barang-barang yang murah menanti anda semua. jumpa anda di sana! ;) 

Friday 9 March 2012

Hari ICT :)




Assalamualaikum. hi guys! untuk pengetahuan semua, pada 16 mac 2012 sehingga 18 mac 2012 ini, Kolej Pendeta Za'ba bersama Biro ICT dan Penerbitan, JAKSA dan Biro Keusahawanan akan mengadakan sebuah program bernama ''Hari ICT''. Sepanjang 3 hari ini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti oleh semua mahasiswa dan mahasiswi di UKM ini. antaranya ialah jualan aksesori PC. kepada sesiapa yang nak beli gadjet terkini atau pon alatan komputer seperti hard disc atau pendrive ke, marilah datang membeli dengan harga yang murah :)


Selain itu, pada 17 Mac 2012, terdapat sesi ''Bengkel Format Laptop'' pada sebelah pagi dan sesi kedua iaitu ''Adobe Photoshop Design" dimana yuran untuk mendaftar semurah RM5.00 sahaja! jangan lepaskan peluang untuk mempelajari cara-cara untuk format laptop, edit dan mencantikkan gambar :) bukan senang tau nak dapat macam ni. 


Tidak lupa juga kepada yang berminat dengan ''Bisnes Secara Online", boleh la datang pada 18 Mac 2012 dan mendengar tips dari seorang usahawan online yang berjaya di Malaysia iaitu Raja Safuan Faliq. beliau akan menceritakan cara-cara efektif untuk memulakan bisnes online dan langkah yang perlu diambil untuk berjaya. kepada sesiapa yang ragu-ragu atau pon tidak yakin dengan diri sendiri untuk memulakan bisnes secara online, inilah jalan penyelesaian terbaik untuk anda :)



t-shirt diatas juga ada dijual ketika program ini berlangsung nanti. tetapi kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan awal terlebih dahulu, boleh la menelefon dan memberikan nama kepada nombor yang tertera di atas. cepat kalau berminat! tempahan sangat laris takot tak sempat je nanti :P


jadi marilah luangkan masa anda semua untuk memeriahkan Hari ICT di Kolej Pendeta Za'ba ini! rugi tau kalau tak datang. jemput lah rakan-rakan sekali ya ;D

Sunday 4 March 2012

Kolej Pendeta Za'ba


Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua :)
pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog rasmi Kolej Pendeta Za'ba. blog ini dibina bertujuan untuk memberikan maklumat kepada para mahasiswa dan mahasiswi tentang aktiviti yang berlaku di kolej Pendeta Za'ba dan segala informasi yang terkini.
sebelum tu, jom jom kita baca sejarah tentang kolej Pendeta Za'ba ni terlebih dahulu :D 
Kolej Pendeta Za'ba ini mula dibina sekitar tahun 2001 dengan keluasan 15 hektar. Ia mempunyai 8 blok asrama dan mampu menempatkan seramai 3860 pelajar. Pembangunan Kolej Za'ba diuruskan sepenuhnya oleh Kausar Corporation Sdn Bhd manakala urusan yang melibatkan pelajar akan diselia oleh Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM.
Kolej Za'ba mula dibuka pada semester dua Sesi Pengajian 2004/2005. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Kolej Kausar. Buat permulaannya, hanya 690 pelajar yang terdiri daripada prasiswazah dan pasca siswazah ditempatkan di dua blok iaitu Blok A dan Blok B. Kolej ini siap sepenuhnya pada semester dua Sesi Pengajian 2005/2006.


Nama Kolej Pendeta Za'ba ini diambil sempena dengan nama seorang pendeta iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba. beliau memberi sumbangann yang besar terhadap bahasa melayu dan dikenali sebagai seorang nasionalis melayu yang gigih. beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah. Negeri Sembilan.
Pada sesi pengajian 2005/2006, Kolej Za'ba dijangka akan menempatkan seramai 2280 pelajar merangkumi 700 pelajar Tahun 1, 1040 pelajar senior dan selebihnya adalah pelajar pasca-siswazah. Selaras dengan itu, dijangka lima blok akan dibuka iaitu Blok B untuk pelajar lelaki dan empat blok untuk pelajar perempuan iaitu Blok A, C, D dan E.
Kolej ini merupakan kolej kedua terbesar di UKM. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik mesyuarat, bilik TV yang dilengkapi Astro, kafeteria yang berkonsepkan santai, pasar mini, kedai fotostat, perkhidmatan telefon serta kedai memproses gambar. Disebabkan kolej ini masih baru lagi, dijangkakan kemudahan seperti mesin ATM, gelanggang futsal, perkhidmatan Internet WiFi, bilik gim serta bilik muzik untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan akan disediakan secara berperingkat.


kenal tak siapa ni? haa untuk pengetahuan semua, inilah Prof. Madya Dr Ahmad Sunawari Long iaitu pengetua di Kolej Pendeta Za'ba. Beliau sangat sporting dan merupakan tonggak utama dalam membentuk Kolej Pendeta Za'ba. usahanya membuahkan hasil kerana kolej ini telah menjadi buah mulut ramai pihak dan merupakan kolej yang terbilang di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. gambar di atas di ambil ketika beliau sedang beramah mesra dengan pelajar baru pada minggu orentasi yang lalu :)
Baiklah, cukup setakat ini dahulu post saya tentang Kolej Pendeta Za'ba ni. semoga berjumpa lagi semua! ;)